Bagaimana kami membantu membawa perhatian kepada kategori produk ini, wangian demi wangian.

Latar belakang

Beberapa tahun yang lalu, kami dihubungi oleh sebuah syarikat kecil dari UK dengan visi untuk menggegarkan kategori pembersihan rumah. Mereka menyedari bahawa kerja-kerja rumah harian mungkin membosankan, dan ingin mentransformasikan produk pembersihan kepada pembersih yang benar-benar digemari oleh konsumer, dengan menambah unsur keseronokan yang tidak pernah dilihat — atau dihidu — sebelum ini.

Kami bermula dengan beberapa sesi kerja interaktif agar kami dapat memahami dengan lebih jelas jenama baharu ini dan matlamat yang ingin dicapai. Kami juga menggunakan masa ini untuk bersembang tentang trend wangian terkini, dan memaklumkan mereka tentang had regulatori dan teknikal yang berkenaan. Kemudian, pasukan Pereka Wangian kami berusaha untuk menghasilkan koleksi produk pembersihan rumah dengan wangian sensasi yang memberi kejutan kepada konsumer.

fragrance oils laboratory

Titik perubahan

Produk pembersih ini mendapat sambutan besar dan rancangan dibuat untuk membangunkan koleksi ini dengan lebih lanjut. Sesuatu yang bermula sebagai tugas kecil tentang produk pembersihan memberi peluang kepada pelanggan kami untuk melanjutkan penawaran mereka kepada beberapa kategori. Kagum dengan komitmen dan fleksibiliti kami, mereka inginkan Pereka Wangian kami di lokasi mereka untuk menawarkan sokongan dan kepakaran sepanjang perjalanan.

Tidak lama kemudian jenama ini menjadi popular di media sosial, mendapat perhatian peruncit yang ingin menjualnya. Itu suatu masa yang menarik dengan beberapa cabaran besar. Untuk memenuhi permintaan produk untuk promosi di kedai, contohnya, mereka perlu meningkatkan pengeluaran, biasanya dalam masa yang singkat. Setelah bekerja secara langsung dengan peruncit selama bertahun-tahun, kami mengetahui pentingnya ‘lead-time’. Kemudahan canggih automatik kami tidak mempunyai masalah untuk memenuhi permintaan itu.

Idea berani pelanggan kami dan pendekatan inovatif membawa kepada kisah kejayaan yang luar biasa. Kami sangat bangga menjadi sebahagian daripada perjalanan mereka dari awal. Membina hubungan jangka panjang dengan pelanggan kami, berdasarkan kejujuran dan kepercayaan, adalah teras falsafah lebih baik bersama