Bekerja Dengan Kami

Ingin tahu bagaimana Scentmaker kami boleh mentransformasi produk atau jenama anda? Sama ada anda mempunyai pertanyaan, projek akan datang atau ingin menyertai pasukan kami, kami ingin mendengarnya daripada anda.

CAPAIAN GLOBAL

Walaupun kami sangat berbangga dengan warisan British kami, Fragrance Oils beroperasi di lebih 100 negara di seluruh dunia dan semakin bertambah. Kami mempunyai pejabat kekal di Singapura, Indonesia, Malaysia, Nigeria dan Amerika Syarikat termasuk rangkaian sokongan yang menjangkau lima buah benua. Ini memberikan kami pandangan global yang unik dan pengetahuan tentang pasaran antarabangsa.

world map locations graphic

Ibu Pejabat kami di UK

Sebagai salah satu pusat kreativiti, Manchester merupakan lokasi yang sangat sesuai untuk Ibu Pejabat Fragrance Oils. Sejak 1967, kami telah membangunkan dan mengeluarkan semua wangian kami di kemudahan canggih seluas lima ekar di sini. Kebanyakan daripada Pereka Wangian kami juga bertugas di sini. Daripada jabatan Minyak Wangi hingga Regulatori, pasukan kami di Fragrance Oils HQ terdiri daripada pekerja yang paling cemerlang dalam industri ini
Richard Thomas - Scentmaker & UKI Sales Director

Nigeria

Nigeria ialah pusat pengilangan dan perdagangan yang strategik untuk seluruh Afrika Barat. Kami mempunyai rekod kukuh dalam pembekalan wangian kepada pasaran Afrika. Namun begitu, pada tahun 2001 kami mengukuhkan lagi tahap perkhidmatan kami dengan menubuhkan pejabat dan kemudahan gudang di Lagos, bandar Nigeria yang terbesar. Matt Holmes dan pasukannya memimpin operasi di sana bersama sokongan daripada pejabat dari UK, mereka kini menghasilkan wangian inovatif yang terdiri daripada pelbagai kategori produk untuk lebih 300 pelanggan.
Doug Alliston - Singapore and Malaysia

Singapura

Pejabat kami di pusat bandar Singapura dibuka pada awal 90-an. Cawangan ini diuruskan oleh Doug Alliston dan dibantu oleh pasukan berpengalaman berbekalkan pengetahuan luas tentang wangian dan memberikan pandangan bernilai tentang pilihan haruman yang berlainan merentasi negara-negara Asia. Dengan sokongan daripada UK, pejabat Singapura kami membina hubungan erat dengan lebih 200 pelanggan dari rantau itu, termasuk perniagaan keluarga kecil dan syarikat multinasional besar.
Paulus Tirtawijaya - Indonesia

Indonesia

Walaupun kami telah membekalkan wangian kepada Indonesia selama 40 tahun, 1999 merupakan titik perubahan. Pada tahun ini kami mula bekerjasama dengan pelanggan terus dari pejabat kami di Jakarta. Paulus Tirtawijaya menguruskan pasukan kami di Indonesia, menyediakan perkhidmatan peribadi kepada pelbagai lapisan pelanggan di rantau itu. Bersama-sama pasukan kami di UK, Pereka Wangian kami mempunyai kemahiran, imaginasi dan pengetahuan serantau untuk menghasilkan haruman yang mencetuskan perasaan untuk semua jenis produk seperti haruman setanggi hingga wangian mewah.
Levene Wong - Malaysia

Malaysia

Pejabat kami di Kuala Lumpur, Malaysia mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam pembuatan wangian untuk pelanggan di Malaysia dan negara-negara lain. Kami telah membina reputasi di rantau itu sebagai pengaruh wangian British yang telah lama ditubuhkan dan dikenali kerana kejujuran dan integriti. Keutamaan kami adalah untuk membina hubungan erat dengan pelanggan kami untuk membangunkan wangian yang menarik dan inovatif. Ahli pasukan pejabat kami di Malaysia terdiri daripada Pereka Wangian yang berpengalaman dan bersemangat tentang bidang wangian yang menyampaikan perkhidmatan luar biasa kepada setiap pelanggan kami.
Gerry Brummer - U.S.

Amerika Syarikat

Kami menubuhkan pejabat Amerika Utara kami di New Jersey lebih 10 tahun yang lalu. Pasukan kami di A.S. diuruskan oleh Gerry Brummer, yang berpengalaman luas dalam industri wangian. Kehadiran di pantai timur membolehkan kami berkolaborasi lebih rapat lagi dengan pelanggan di Amerika Utara dan rangkaian rakan kongsi seluruh rantau tersebut. Ini memberikan peluang kepada Pereka Wangian kami yang kreatif untuk memahami dengan lebih mendalam lagi tentang jenama pelanggan, trend pasaran dan idea-idea strategik.