Kami menggunakan teknologi untuk menonjolkan jenama pelembut fabrik daripada pesaing lain.

Latar belakang

Apabila seorang pelanggan baharu di Asia Tenggara meminta kami menambah baik produk pelembut fabrik mereka, kami tahu bahawa wangian yang luar biasa hanyalah permulaan kepada kebolehan kami. Sebagai sebahagian daripada kumpulan Givaudan, Pereka Wangian kami mempunyai akses kepada penyelidikan terkemuka, teknologi dan inovasi daripada lembaga wangian yang terbesar di dunia. Hakikatnya, kami tidak sabar untuk berkongsi segala manfaat untuk para pelanggan kami.

Hasilnya ialah OptiEssence– sistem unik yang dibangunkan oleh kami bukan sahaja untuk menghasilkan wangian luar biasa untuk pelembut fabrik tetapi meningkatkan prestasi fungsinya.

Seperti kebanyakan taklimat kerja, kami bermula dengan sesi interaktif untuk mengenali suatu jenama sepenuhnya, bersama dengan kedudukannya di pasaran dan pengguna sasaran, daripada pelanggan itu sendiri. Semasa sesi ini kami mendapati suatu peluang keemasan: walaupun jenama ini mempunyai pengikut yang setia, ia kekurangan inovasi dan kehilangan sebahagian daripada bahagian pasaran. Selepas menilai produk sedia ada, begitu juga produk pesaing, kami menghasilkan wangian/peta warna yang khusus untuk menyerlahkan jurang dan peluang utama.

Pejabat kami di Indonesia menghantar produk ini terus ke pasukan kami di Manchester, di mana Pereka Wangian pakar kami dalam Penilaian, Wangian dan Pemasaran mengenal pasti bahawa jenama ini selari dengan pesaing dari segi arah warna, tetapi serba kurang dari segi impak wangian. Penyelidikan komprehensif Givaudan memberitahu kami apa yang benar-benar diinginkan oleh pelanggan. Untuk produk pelembut fabrik, jangkaan konsumer melebihi proses pencucian. Mereka inginkan ledakan haruman segar pada setiap peringkat, bermula dari mengeluarkan pakaian daripada mesin basuh, hingga memakainya beberapa minggu kemudian.

fragrance oils employee smelling scent

Titik perubahan

Kami tahu bahawa teknologi wangian tertumpu boleh membawa perbezaan besar untuk jenama ini dan menguasai semula bahagian pasaran. Kami membangunkan sistem OptiEssence untuk menyediakan ledakan kesegaran pada setiap detik penggunaan pelanggan. Dengan sokongan pasukan teknikal kami, produk ini menjalani pengujian lanjutan dan pelanggan sangat berpuas hati dengan hasilnya. Mereka melancarkan semula produk pelembut fabrik untuk mempromosikan wangian baharu dan dipertingkatkan dengan kesegaran yang tahan lama, dan di situ segalanya menjadi sejarah.

OptiEssence hanyalah satu contoh daripada faedah sebagai anggota kumpulan Givaudan. Jika anda ingin mendapat sokongan dengan inovasi produk, untuk pelembut fabrik mahupun produk lain di mana wangian memainkan peranan utama, pasukan kami yang berbakat bersedia untuk membantu.